UNSUR SENI, ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN

UNSUR SENI


Unsur seni terdiri daripada garisan,rupa bentuk, jalinan,ruang dan warna. Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa jalinan, ton, corak dan untuk menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.



Selain itu, unsur seni juga terdiri daripada rupa. Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garis luar serta terbahagi kepada dua iaitu rupa geometrid an rupa organic. Rupa geometri merupakan ripa yang bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dan sebagainya.

Rupa organik pula merupakan rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dan sebagainya. Rupa juga boleh diolah kepada bentuk iaitu rupa positif dan rupa negetif. Rupa positif merupakan rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan. Manakala, rupa negetif adalah merujuk kepada ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

Manakala, bentuk mempunyai keluasan, jisim, dan lebih daripada satu permukaan. Bentuk terbahagi kepada 2 iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit merupakan bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh di sentuh, dilihat dan di rasai. Manakala, bentuk ilusi adalah bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

Jalinan juga merupakan unsur seni, iaitu kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Jalinan terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan atau tangan seperti arca, catatan teknik imposto dan kolaj. Manakala, jalinan tampak merujuk kepada jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti jalur buah tembikai, corak batik dan gambar.


Unsur seni yang seterusnya adalah ruang. Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek. Ruang terbahagi kepada 2 iaitu ruang nyata dan ruang tampak. Ruang nyata ialah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Manakala, ruang tampak pula ilah ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan.


Warna merupakan salah satu daripada unsur seni. Warna boleh dibahagikan kepada warna harmoni, warna penggenap dan warna sewarna. Warna harmoni ialah warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang). Warna penggenap ialah warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya , kontra, getaran dan pergerakan. Warna sewarna ialah hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap). Selain itu, warna juga terbahgi kepada 2 suhu iaitu warna sejuk dan warna panas. Warna sejuk ialah warna antara hijau hingga ungu yang menimbulkan kesan sejuk, damai, sedih dan tenang, manakala, warna panas ialah warna antara merah , ungu hingga kuning hijau pada roda warna yang menimbulkan kesan bertenaga, garang, meriah )




ELEMEN DAN PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual. Prinsip rekaan terbahagi kepada tujuh iaitu Salah satu prinsip rekaan ialah harmoni yang membawa maksud aman dan damai. Berdasarkan istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna dan tidak akan wujud jika ada unsur unsur bercanggah. Harmoni boleh dianggap sebagai faktor kepada pertalian yang teratur – berkaitan dengan bahagian-bahagian di dalam gambar. Pengulangan elemen seperti warna, jalinan, nilai dan sebagainya memberi penyesuaian kepada pertentangan yang wujud. Irama yang stabil wujud apabila unit-unit visual yang teratur diulang-ulang. Harmoni adalah kandungan kesatuan.


Imbangan juga merupakan salah satu daripada prinsip rekaan. Imbangan membawa maksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan. Selain itu, imbangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan simetri membawa ialah unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah. Manakala , imbangan tidak simetri ialah unsure seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.

prinsip rekaan seterusnya ialah irama dan pergerakan. Irama dan pergerakan berfungsi untuk memberikan kesan yang lebih hidup dan realistik terhadap sesuatu gubahan. Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, berayun, berpncar, bergoyang, bersinar dan sebagainya. Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, ombak, air, taufan dan sebagainya.

Selain itu, unsur kepelbagaian juga merupakan prinsip rekaan. kepelbagaianya wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat di hasilkan melalui penggunaan unsure seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.


Seterusnya ialah kesatuan.Prinsip rekaan kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.

RUJUKAN:

Asas Seni Reka. Diperolehi pada 8 Mac, 2011 daripada http://www.scribd.com/doc/48573525/ASAS-SENI-REKA
Elemen dan Prinsip Rekaan. Diperolehi pada 8 Mac, 2011. Daripada http://notaanimasi.blogspot.com/2011/01/elemen-dan-prinsip-rekaan.html