Discovery Learning (Pembelajaran Penemuan)



Discovery Learning merupakan kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri yang berpusatkan konstaktivisme untuk pendidikan. Hal ini disokong oleh teori pembelajaran dan psikologi Jean Piaget, Jerome Bruner dan Seymour Papert. Pembelajaran Penemuan adalah teori penyelidikan pembelajaran berasakan konstraktivisme yang terjadi dalam penyelesaiaan masalah situasi di mana pelajar mengarapkan pengetahuan yang ada atau pengalaman masa lalu untuk mencari faktar , hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru ( Pelajar memikirkn sendiri jawapan atau penyelesaian kepada masalah).

Pelajar berinteraksi dengan persekitaran membuat peninjauan,memanipulasi objek, menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuatu ujikaji. Kesan daripada pembelajaran seperti ini pelajar lebih dapat mengingati konsep dan pengetahuan yang ditemui oleh mereka sendiri. Model yang di dasarkan pada model Pembelajaran Penemuan meliputi; penemuan terbimbing, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan simulasi, pembelajaran berasaskan kes dan pembelajaran sampingan

Tujuan Pembelajaran Penemuan
. Mengajar bagaimana berfikir & mencari maklumat bagi diri sendiri
- Tidak bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat / terima kesimpulan orang lain.
. Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi
- Mengumpul, menyusun, menganalisis maklumat untuk sampai kepada keputusan
. Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi

Ciri-ciri Pembelajaran Penemuan
. Guru mewujudkan suasana & bimbingan pembelajaran yang melibatkan pelajar menemui pengetahuan
Dengan sendiri
. Mengalakkan pelajar berfikir secara mendalam
. Pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan secara sendiri
. Penglibatan & interaksi pelajar yang tinggi

Rujukan:

Pembelajaran Penemuan. Diperolehi pada Januari 21,2011 daripada edt5390.edublogs.org/files/2009/09/kaedah-penemuan.pdf

Pembelajaran Penemuan Terbimbing. Diperolehi pada Januari 21,2011 daripada http://www.scribd.com/doc/38871063/PEMBELAJARAN-PENEMUAN-TERBIMBING

Model Pembelajaran Penemuan Terbimbing. Diperolehi pada Januari 21,2011 daripada http://wawan-junaidi.blogspot.com/2010/06/model-pembelajaran-penemuan-terbimbing.html

Discovery Learning. Diperolehi pada Januari 21,2011 daripada http://www.learning-theories.com/discovery-learning-bruner.html