Rabu, 26 Januari 2011

sekilas pandangan

SENI


•Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1997), halaman 1244-45, seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.
•Manakala seni, II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
•Seni juga boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat dan sebagainya yang indah-indah belaka.
•Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran

•Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts in Islamic
Civilization (1981:10): menyatakan seorang pemikir Islam
iaitu Imam al-Ghazali memperkatakn bahawa,
“seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan” ia
lahir daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain.
•Beliau menjelaskan lagi bahawa terdapat kecantikan
dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan
seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam.

•Art : ‘The production of something
beautiful: skill or ability in such work.
Works such as paintings or sculptures
produced by skills.’
(The Oxford Paperback
Dictionary, 1989 :40)

•Menurut Ibn. Khaldun pula, “ seni itu adalah
kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana di
dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan
logika.”
•Kesenian bermaksud perihal seni, yang
berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan).


http://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-Melayu-New


PENDIDIKAN


Mungkin lebih berfaedah jika kita mempebaharui ingatan kita tentang maksud pendidikan. Antara yang boleh diingatkan ialah maksud pendidikan adalah penyampaian ilmu yang sama ada ilmu yang berkaitan dengan agama atau ilmu hidup duniawi dengan pelbagai cawangan. Gunakanlah istilah ilmu, Wahyu dan bukan Wahyu, atau (ilmu syar'iyyah, ilmu akliah, ilmu naqli atau ilmu aqli)

Yang dimaksudkan ilmu itu ialah "pengenalan yang dimaklumi mengikut apa yang sebenarnya" antara takrif yang boleh didapati dan al-Baqillani rh misalnya. dalam "at-Tamhid"nya ianya dikenali dengan dalil yang sebenarnya .Kalau tidak cukup syaratnya ianya bukan ilmu tetapi waham atau sangkaan atau kejahilan yang disangkakan ilmu. Dan sangkaan tidak holeh dikira mengambil tempat sebagai ilmu. Maka berlakulah proses "ta'lim" dalam rupa guru, mu'allirn mengajar muridnya. Berlakulah hubungan antara dua akal, akal guru dan akal murid, jiwa guru dan jiwa murid. Dalam interaksi itu berlakulah proses talim itu; berlakulah pemindahan ilmu dari guru kepada murid, dengan kefahaman yang sewajarnya.

Pendidikan juga berlaku sebagai "tarbiyah" dalam erti kata berlakunya peningkatan pada si murid hasil daripada hubungan pendidikan dengan guru itu. Dengan berlaku hubungan tarbiyah antara guru dan murid itu berlakulah peningkatan pada akal, jiwa, hati, ilmu, akhlak , disiplin dan himah si murid. Maka berlakulah perubahan ke arah kebaikan pada si murid dalarn segi akliah, emosi, disiplin dan akh]ak serta kemahiran .Kalau dibaca secara Islam, boleh dikatakan berlakulah - sepatutnya - peningkaan pada akidah, pengabdian, akhlak, dan disiplin berdasarkan Syariat dalam diri murid yang berkenaan.

Pendidikan juga berlaku sebagal proses mendidik adab atau "ta'dib" pada si murid. .Dengan itu jadilah si murid itu sebagai seseorang yang beradab zahir batinnya hasil daripada ta'dih yang berlaku kesan daripada interaksi antara akalnya dan jiwanya dengan akal dan jiwa guru itu.

Pendidikan juga boleh disebut sebagai "irshad" atau bimbingan ke arah jalan hidup dan nilai yang betul mengikut ajaran Islam.Dengan itu si murid menjadi peribadi yang betul perjalanan hidup dan nilai dalam hidup. Ini adalah hasil daripada pengajaran dan juga "persahabatan" dengan guru yang menunjukkan tauladan yang baik dan memberi peransang kepada murid.

Dalam memberi pendidikan ini semua guru menggunakan kitab, buku, papan hijau, atau white board, slide, projektor, komputer, alat video-conferencing, atau apa lagi alat-alat pandang-dengar yang holeh digunakan dengan kasetnya, CD ROM, atau DVD atau apa-apa yang sepertinya sebagai alat.Dalam semua ini guru adalah sebagai pendidik, penunjuk jalan, dan pengajar.

Pendidik akhirnya berfungsi sebagai pakar yang mengajar matapelajaran dengan cara yang sangat mahir dan berkesan sehingga murid benar-benar rnenguasai matapelajaran yang diajarkan kepadanya.Dengan itu dapatlah kita hasilkan murid atau pelajar yang berjaya dan dari segi ilmiah, akhlak, agama dan kemahiran dengan izin Allah.

Dan kalau dikaitkan dengan tradisi bangsanya, maka jadilah si murid itu sebagai pelajar yang memahami tradisi bangsanya dan kasih kepada bangsanya dan negaranya selain daripada ia kasih kepada umat Islam yang ia adalah seorang daripada ahlinya.


http://www.epondok.com.my/index.php?p=arkibkupasan/kupasan001.php